Mengikut kronologinya, rasanya aku ambik part ni sesuai untuk dijadikan sambungan
sebelum ni.
*******
15/12/2015
Sebelum cerita ini bermula, suka untuk aku nyatakan lagu
yang sungguh memberi kesan kepadaku apabila ia dimainkan. tertarik akan seni
kata di dalam lirik lagu AmeyCat yang berbunyi,
"Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu....
Setahun sudah berlalu
Disember muncul kembali
Dengan kehangatan semalam"
Baiklah.. Kisah ini diceritakan sendiri kepadaku daripada
seseorang yang pernah bergelar kawan.. tapi itu satu masa dulu, kini yang
tinggal hanyalah sejarah.. Ermmm tak pasti statusnya kawan ke sahabat? atau
hanya kenalan? ah lantak la, sama je... Menurut kawanku, semuanya bermula pada
20 December 2014, sedar tak sedar sudah hampir setahun. tepat pada pukul
6:14 petang pada hari tersebut, kawanku telah menghantar friend request
kepada seorang gadis. ternyata gadis tersebut lincah di alam maya, hanya 9
minit kemudian dia sudah pun approve, iaitu pukul 6:23 minit petang..
Saat dan ketika itulah dia mula berjinak jinak dan seterusnya memantapkan lagi
skill penggunaan media sosial, yakni facebook. dengan kata lain, dia mula
bergiat secara aktif berbalas balas komen di page page yang wujud di facebook
ni..
Satu fakta yang ingin dikongsikan untuk menambah
penggetahuan kita semua, "Tidak semua pengguna facebook tahu berbalas
balas komen di page" dan dahulu kawanku ini merupakan salah seorang
daripadanya. Hmm fakta kutip dari mana lettew.. Mungkin juga disebabkan tekanan
hidup yang dialaminya menyebabkan dia telah terjebak ke dunia maya dengan lebih
professional lagi, dengan kata lain kawanku itu dikelilingi sebahagian kecil
orang orang yang butthurt. memang otak sakit jiwe kacau hati mati lah jawabnya.
Qoata internet yang tak pernah cukup pun sudah memadai untuk
buat hidup seseorang tu jadi haru.. 2 minggu pertama untuk setiap bulan sudah
pasti akan mencapai 100% penggunaan.. haihh tak layan youtube pun qoata cepat
habis. kesian~
Tak mungkin ada mambang tolong telan qoata internet kawan
aku tu kan?huh.... kalau tengok muka dia, mesti internet lembap. kalau internet
lembap, mesti muka dia.. begitulah kitarannya.. Untuk seketika dia memang
terkenal dengan tagline nya, "internet habis qoata", ataupun gadget
yang digunakan tu selalu 'hang'.. ikut la nak percaya atau tidak, yang pasti
alasan alasan yang diberikan tu semua betul.. huhu
Berbalik pada ayat 'berbalas balas komen di page', ada satu
page ni memang selalu buka aib orang, dah bukak lepastu sebarkan pulak.. memang
lepas buka aib orang, page ni tak reti reti nak tutup aib tu balik agaknya..
yang lagi jahanam pasal page ni, dah post aib
orang esok lusa dia repost semula. repost 5 6 kali sampai lebam,
yahudi betul!..
Cerita sekarang ni bukan nak ketengahkan pasal page ni,
sekadar nak menceritakan latar belakang sebuah page yang menjadi platform bagi
kawan aku ni untuk mencari teman JUJUR and setia, mungkin juga untuk mencari
habang atau hakak angkat dan seangkatan dengannya.. huhu
Biasa kita dengar 'indah khabar dari rupa'.. tapi lain pula
bila dengar kawanku ini menceritakan tentang page tadi kepadaku, katanya
"Mengenali page itu dan segala isi yang di dalamnya lebih indah rupa dari
khabar. Ada nilai positif, ada juga yang negatifnya. Cubalah pandang dari sudut
yang berbeza". Fuh berfalsafah pulak kawan aku ni..
Nak dijadikan cerita atau mungkin takdir yang telah tertulis
sejak azali, kawan aku ni melawat post post dari page tersebut disertakan
dengan penghayatan yang cukup sempurna.. hampir setiap komen komen yang ada
pada post itu ditelitinya. Cuba bayangkan satu orang baru yang datang ke tempat
baru, yang mana sebelum ni tak pernah dijejakkan kakinya ke situ.. dalam
keadaan kawan aku yang noob ni, maka dia terus add facebook seorang gadis ayu
yang merupakan salah seorang daripada beratus komentar di page tersebut hanya
berdasarkan penilaian pada gambar profile facebook si gadis itu, ya gadis itu
memiliki paras rupa pandang tak jemu, pandang tak jemu. namun harus diingatkan
walaupun gambar profile facebook yang sebegitu cantik, realiti belum tentu seindah
itu. hewhewhew
********
Kawanku ini memang seorang yang pemalu, sopan, jujur,
amanah, ikhlas dan sebagainya. aku tau la sebab aku kawan dia, makan semeja,
tidur pun sekatil.. Huhu.
Satu malam ( ataupun siang, takpe tak penting pun ) kawan
aku mula menegur gadis tadi dengan menghantar mesej ke facebooknya. kawanku
meminta izin kerana dia telah pun copy komen yang berunsurkan nasihat milik
gadis itu untuk dijadikan status facebooknya sendiri.. sapaan yang bersahaja
begitu berpadananlah dengan sifatnya yang pemalu, lagipun niat utama di hati
hanya ingin bertegur sapa.. kerana ada pesanan yang berbunyi "mengikat
tali persaudaraan akan membuatkan syaitan menangis", namun tidak dapat
dipastikan sejauh mana benarnya kata kata tersebut kerana tuan punya ayat tu
sudah pun mereput.
Semua yang berlaku ini seakan sudah ditentukan, rupa rupanya
rakan perempuan yang baru bagi kawanku itu bukan biasa biasa, tanpa disedari
kawanku telah pun memulakan satu perhubungan yang lain macam.. untuk kehidupan
di alam maya, kawanku mula mengenali rakan rakan yang lain juga bermula dari
gadis ini.
Sewaktu perbualan kali pertama mereka, ada antara kata kata
gadis itu yang diungkapkan sambil lalu tetapi dianggap sebagai satu nasihat
yang ikhlas untuk kawanku,
"Ada dua sebab untuk kita tidak percaya seseorang tu..
Pertama, sebab kita dah kenal dia. Kedua, sebab kita belum kenal dia"..
tapi biasa lah manusia, kawanku hidup melangkah ke depan, nasihat tertinggal
kat belakang.. huhu
Dalam perniagaan pun harus berkembang maju, ada peningkatan.
begitu juga kawanku dalam usaha mencari kegembiraan yang sementara ni.. Mulanya
satu. Kemudian dua, yang kedua ini merupakan satu lagi komentar yang berjaya
menarik minat kawanku menerusi ayat daripada komen komen nya. Berkemungkinan
besar akaun facebook itu milik seorang perempuan, tetapi nigga mana ntah
dijadikan gambar profile akaun tu.. hmm
Seterusnya bilangan itu menjadi tiga, tetapi yang ketiga ini
bukan kawanku yang mencari, dia seorang lelaki, datangnya sendiri, datang tidak
diundang!.. insan tersebut datang menegur dan berbekalkan gula tebu di bibir,
terlupa sekejap kawanku tentang 'percaya'... kawanku ada menyatakan dia ingin
bersahabat dan ayat yang dibalas pun bukan main sedap, "kecil tapak
tangan, stadium old trafford aku tadahkan", ok cukup sampai situ cerita
stadium old trafford. Huh..
Hari demi hari dari seorang ke seorang telah menjadi teman
ketawa bagi kawanku ini, biarpun hanya sekadar di internet. bukanlah kenal
secara rapat pun, tetapi cukuplah ringan ringan dahulu buat masa ni.
Dianggarkan dua bulan kemudian iaitu sekitar bulan Februari, seorang lelaki
yang juga merupakan kawan kepada si gadis tadi mula menjadi sahabatnya. aku
difahamkan oleh kawanku, apabila lelaki ini mula bermain dengan ayat, memang
fuhh! dia mampu memukau hanya dengan kata kata nya.
Sebelum terlupa, aku ingin berkongsi satu cerita yang masih
segar di ingatanku. kisah ini diceritakan oleh kawanku, iaitu ketika gadis
tersebut tercicir handphone nya di kedai makan kalau tak silap.. si pelaku yang
tidak bertanggungjawab telah melakukan satu perkara yang buruk menggunakan
akaun facebook milik gadis itu.. mujur lah segala kekusutan yang berlaku itu
dapat diselesaikan dengan segera.
Betul kata orang, setiap yang berlaku itu pasti ada
pengajarannya. Pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa itu, kita
tidak seharusnya leka di mana mana sahaja, ini kerana cerita tadi banyak
kaitannya dengan 'kelekaan'. ataupun pengajaran yang lain, kita mestilah log
out facebook walaupun pada handphone sendiri. ha terpulang masing masing nak
pilih pengajaran yang mana satu. :-)
Ok berbalik pada topik utama, untuk pengetahuan semua,
walaupun banyak sifat sifat terdidik yang ada pada kawanku ini, namun dia tetap
punyai kelemahan.. dia antara makhluk yang suka merenyam di laman sosial,
dengan kata lain dia suka 'test market', huhu.. Ini kerana baginya tiada konsep
perkenalan di alam maya yang kemudiannya membawa ke kancah percintaan yang
sebenar. dia lebih mendambakan cinta yang kudus di alam nyata, Fuh.. Disebabkan
tabiatnya itulah dia sering bertegur sapa di page tersebut dengan seorang cik
misi, tetapi mereka hanya sekadar berkawan. tidak lebih dari tu. Huhu..
Rakan rakan yang dikenali dari alam maya itu penuh variasi..
ada antaranya juga yang selalu menggunakan dual language. menurut kawanku lagi,
seandainya orang yang berkenaan mula menggunakan bahasa inggeris di dalam
komennya, hasilnya lebih sedap dibaca berbanding google translate. Huhu.. Andai
kata Mark Zuckerberg ambil sebagai pekerja google translate sekalipun, pasti
takkan rugi..
Sedikit yang ingin aku katakan daripada kisah ini, sudah
banyak perkara yang kawanku pelajari dengan bersahabat bersama mereka semua.
Dari situ juga lah permulaan dia pelajari menterjemahkan setiap rasa yang
terpendam melalui saluran yang baik dan betul iaitu dalam bentuk penulisan
ataupun dalam bentuk puisi (ha yang ni susah). Setelah dia mula berkecimpung di
alam maya ini, akhirnya berjaya juga dia menanam minat untuk membaca. sekurang
kurangnya dia tau masih wujud penulisan penulisan yang tidak bercirikan
ensaiklopedia bebas mahupun buku teks sejarah tingkatan 5.. huhu
**********
Perbualan beramai ramai di page itu merupakan satu perkara
biasa bagi mereka, saling sahut menyahut, sambung menyambung. sehinggakan tiada
ruang dan masa untuk menarik nafas, begitu rakus masing masing dapat menaip
menggunakan keyboard, keypad dan sebagainya. tetapi itu semua berlaku pada
peringkat awal perkenalan mereka. Melihatkan keadaan itu menyebabkan kawanku
berasa sedikit kurang selesa kerana katanya, "hampir sama sahaja seperti
bertukar tukar pasangan" huhu ntah apa yang bertukar pasangannya kan..
Mungkin juga jari nya yang agak keras untuk menaip selaju mungkin dan secara
tidak langsung dia sering tertinggal isu yang dibincangkan
Hubungan itu berlainan sedikit di pertengahan
kegemilangannya, sedikit hambar, tidak serancak dahulu. barangkali kurangnya
rencah dan perasa..
Kata orang, tiada apa yang kekal di atas muka bumi ini hatta
gunung yang terdiri daripada batuan yang keras sekalipun berubah bentuk dek
kerana masa dan wujudnya angin.. inikan pula seketul daging yang bernama hati,
hati manusia!.
Seperti yang telah aku sebutkan tadi, masih ramai lagi kawan
kawan lain yang turut dikenalinya dari alam maya itu.. Tetapi semua ini jelas
sama sekali seperti satu anjuran program yang menemukan pelbagai jenis manusia
dari serata malaysia dan manusia manusia itu diletakkan di dalam satu kumpulan,
kemudian setiap ahli kumpulan diminta untuk beri kerjasama. mahu atau tidak
masa tu, kena akur, kena turut, kena patuh. dah nama pun ahli dalam kumpulan,
bukan la ketua kumpulan kan.. Apabila tamat sahaja program yang formal
tersebut, setiap ahli kumpulan mula meneruskan hidup dengan haluan masing
masing. Ada antara ahli kumpulan yang masih berbaik baik, ada juga sebaliknya.
biasalah kan..
Rasa rasanya kalau disebut labah labah, semua orang dapat
membayangkan binatang jenis apakah itu. ya labah labah merupakan serangga
berkaki lapan yang mana membuat sarangnya hanya dengan menyirat benang yang
keluar dari badannya. andai kata dilanggar objek yang besar sekalipun, belum
tentu dapat merosakkan keseluruhan sarang itu, paling tidak pun ia sekadar
mencacatkan rupa asalnya.. tapi ingat, ia tetap rosak!.. Bagi ukhuwah yang
terbina ini pula, konsepnya sama seperti sarang labah labah tadi, dan sekarang
ternyata rupa asalnya telah pun cacat
Setelah beberapa ketika aku meminjamkan kedua-dua telingaku
untuk mendengar kisah ini akhirnya aku mula menggunakan satu satunya mulutku ni
untuk memberi sedikit nasihat. seandainya nasihat ini tak dipedulikannya,
lantak dia la, tak merugikan air liur aku pun.. kataku padanya, "yang
telah pergi, biarkan ia berlalu.. yang masih tersisa, hargailah ia".
Selesai je aku ungkapkan kata kata hikmah tu padanya, dia
membalas pandanganku dengan mimik muka orang yang tak habis meneran sebab kena
kacau.. ceh macamtu dia punya ucap terima kasih. Nah aku bagi lagi,
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui " - Surah
Al-baqarah , ayat 216 - ..
Ha baru reti nak beri senyuman kepadaku.. huhu..
Bersambung....