Wednesday, December 14, 2016

Bismillah dan assalamualaikum...

Ok straight to the point, lately ni aku jarang bukak blog, apatah lagi nak tulis cerita hidup aku yang diharapkan dapat memberi sedikit manfaat kepada sesiapa yang berminat nak baca, memang itu la tujuan utamanya. disamping kalau ada antara korang yang give up dengan pelbagai ujian yang datang bertubi tubi (khususnya yang bermain dengan penyakit), ketahuilah, sedarlah, cuba cari dari mana mana sudut pun bahawa kita semua sangat beruntung. kadang kadang ada ketikanya aku terfikir sampai tahap "alhamdulillah aku cuma rabun jauh dan pakai spec mata, biarpun power spec aku dah seribu + + sikit kalau tak silap, sekurang kurangnya aku masih belum buta dan tak buta!".
Aku teringat samar samar satu ayat yang selalu aku dengar masa di asrama dahulu, "seandainya 7 lautan di dunia ini menjadi dakwat untuk menulis seberapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita, pasti takkan cukup". Err macam tak betul struktur ayat tu dan tak sedap tapi lebih kurang macamtu lah bunyinya.

Berbalik pada topik utama tadi 'aku jarang bukak blog'. ini kerana aktiviti dalam kehidupan sehari-harian aku ada sedikit perubahan, tak lagi seperti kebiasaan selepas aku sakit ni. aku sudah mula dipaksa ke masjid untuk solat berjemaah, katanya dah lama sangat aku duduk dalam rumah ni. kemudian dalam pada aku takda perkara serius yang perlu dilakukan, MUNGKIN lebih baik aku belajar bermain piano. itupun kebetulan selepas mak sedara aku berpindah rumah di sebelah rumah kami. So rasanya kalau ada masa, aku cuba untuk sambung bercerita. Fuh aku tulis entri ni macam la ada orang yang teringin sangat nak baca, huhu bajet diva je..

No comments :

Post a Comment