Sunday, November 20, 2016

Aku nak mati......!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


*kepada readers yang baru hari ni tiba tiba je terjumpa entri ini, bolehlah baca entri entri yang berkaitan sebelum ni. caranya klik sini

. . . . . . .

Daripada buku aku berlatih menulis tu, yang banyak hanyalah luahan ketidakpuasan hati aku, masalah berkaitan perasaan yang aku hadapi kemudian aku sendiri tak tahu nak cari penyelesaian, juga penulisan yang berbunyi seperti aku nak mati, dan selebihnya tulisan tentang perkara yang tak penting sebagai contoh yang di bawah ni, tapi sebelum tu 3 muka aku tulis merepek (aku kan tengah practise menulis) dan muka surat ke 4 barulah aku tulis;

20 Jun 2013 , khamis , 11 pagi
Aku tak tidur satu malam tu (aku mention awal tahun dahulu) sebab sakit kencing. aku tidur pukul 6 pagi ! saksinya kakak kedua aku. dia kena salin pampers aku banyak kali tengah malam. lepas dah solat subuh dia tengok aku tak tidur lagi, aku minum air yasin yang telah diberikan sebanyak yang aku mampu minum, lepas tu aku tidur sampai pukul 11 pagi.

Orang lain yang menerima dugaan macam ni mungkin dapat hadapinya dengan tenang, relax, cool and steady, tapi aku yang sedang melaluinya sampai satu tahap aku rasa lebih baik aku mati, sememangnya aku dah putus asa, benda kecik yang berlaku di sekeliling aku yang tak kena dengan hati aku pun boleh jadi alasan untuk buat aku rasa nak mati. bak kata doktor yang merawat aku, orang yang sakit biasanya akan hilang semangat dan memang aku laluinya waktu ni.
So what? aku sendiri yang rasa sakit, aku yang penuh kekurangan dalam diri, bukan orang lain. rasa nak mati tu hak aku, please aku tak sebut mencabut nyawa tu hak aku, aku tau tu hak Allah, rasa nak mati je hak aku.. (hmm lebih kurang macamtu lah pendirian aku waktu tu).


Aku selak helaian seterusnya sehinggalah pada muka surat yang bertarikh 25 Jun 2013, aku menulis sesuatu yang berbaur ketidakpuasan hati. mungkin juga isu ni telah berlaku lebih awal dari tarikh tersebut. aku tak pasti secara spesifik sejak bila bermula hal ini, rasanya setelah berbulan bulan aku bertambah pulih daripada kehilangan memori jangka pendek yang serius, setelah aku dapat berjalan semula, dan juga setelah aku kelihatan lebih 'manusia', kemudian timbul pula satu perkara yang mendatangkan masalah kepada mental dan jiwa aku. sebelum terlambat aku nak bagitahu ni bukan entri kemarahan penuh dendam tau, tengok di permulaan entri tu aku sertakan sekali basmalah dan salam dalam tulisan jawi sebagai muqaddimah.
Ermm aku tak tau nak mula dari mana tapi aku tetap nak bercerita juga sebab ni sebahagian daripada kisah  aku..........

Hmm bunyinya lebih kurang begini, "aku jatuh sakit ni kerana tabiat aku yang selalu berjaga lewat malam untuk bermain komputer", seolah olah aku dipersalahkan oleh sebahagian daripada mereka. ya itu memang kesilapan aku yang sangat sangat besar. atas dasar menghormati, lebih elok aku guna kata ganti diri 'mereka' dan perkataan 'sebahagian' pula kerana bukan semua yang berpendapat begitu, hanya sebahagian.
Bukan senang aku nak terima hakikat bahawa diri sendiri telah melakukan kesilapan tambah tambah lagi kesilapan yang membawa kepada perubahan yang amat besar. disebabkan hal yang berlaku ni mungkin telah menjadikan diri aku dengan satu prinsip yang amat mudah iaitu sebelum berkata "oh ini semua takdir tuhan" dan pelbagai jenis ayat yang seangkatan dengannya, aku lebih suka cari dari mana datangnya PUNCA segala permasalahan / sesuatu perkara tersebut. sepertimana susahnya aku menerima hakikat "aku yang selalu berjaga lewat malam bermain komputer sehingga koma dan jatuh sakit lumpuh seperti ni" adalah PUNCA bagi semua yang sedang berlaku ni. ya aku tau PUNCA yang kita sebut sebutkan tu hanyalah asbab untuk terjadinya sesuatu, dan yang pasti ia telah pun tertulis sejak di luh mahfuz, tapi tolong jangan guna ayat "telah tertulis sejak di luh mahfuz" sebagai alasan semata mata hanya kerana nak selamatkan tengkuk sendiri.

Hmm bunyi macam aku berdendam pula kan, sebenarnya tak, itu aku punya pendapat. sebelum kita menunding jari ke sekian sekian orang yang salah, sebelum menuduh itu ini yang salah, periksa diri sendiri terlebih dahulu, kebarangkalian masalah yang berlaku berpunca daripada diri kita sendiri adalah sangat tinggi. dan jangan pula nak salahkan tuhan. dan sekarang aku sudah akui memang silap aku itupun setelah aku melalui satu tempoh yang agak menyeksakan dan memalukan bila dikenang kembali. tak dinafikan masa ni banyak status di facebook aku yang berbunyi seperti aku nak mati, aku memang dah tak nak hidup, ada yang dah aku delete dan ada yang memang saja aku biarkan.


Dari satu masa ke satu masa aku sibuk mengira sudah berapa lama aku berada dalam keadaan macam ni seolah olah tak sabar untuk sihat semula


Berdasarkan buku aku berlatih menulis tersebut, sudah pasti hampir separuh daripada isi kandungannya bunyi seakan akan aku nak mati, ya aku dah tak nak hidup, antara sebab lainnya adalah kerana aku dah menjadi 'lain' selepas sakit, sebagai contoh tulisan aku pada 4 Julai:
dulu aku balik dari ladang hampir waktu maghrib dan setiap kali aku terserempak dengan jiran depan rumah, aku akan bertegur sapa dengannya ataupun hanya sekadar mengangkat tangan, dan baru sebentar tadi aku hanya mampu angkat tangan dari celah grill sambil duduk di atas wheelchair di sebalik grill pintu yang bertutup. bila ke rumah saudara mara pun aku tak mampu lagi nak tolong itu ini malah aku hanya mampu duduk dan tengok yang mana ini bukanlah diri aku sebelum sakit.
#ini telah ditouch-up dan diringkaskan.


Pernah juga satu ketika dahulu aku dibawa ke kenduri saudara mara dan aku ada terlepas cakap. daripada kata kata yang keluar dari mulut aku tu ada perkataan 'orang cacat' yang tak sedap didengari.
Aku langkau lagi tulisan aku yang hampir serupa macam diari tu hingga pada suatu hari di bulan 9 tahun 2013. daripada ayat aku tu jelas kedengaran aku melalui hari hari yang amat bosan seharian tinggal di rumah tanpa mampu jengukkan kepala keluar tingkap pun untuk menghirup udara luar, apatah lagi nak keluar bersiar siar di sebelah petang dengan menaiki motosikal atau kereta. remote tv yang dimonopoli oleh orang lain, ditambah aku tak memiliki sebarang gadget pun masa tu, handphone berskrin besar aku dulu tu telah selamat disimpan di bilik lama aku jauh di belakang rumah, tambahan pula aku tak mampu berjalan, masih pakai pampers, dan juga ada sakit kencing, kalau aku tidur tengah hari pasti malam susah nak tidur, kalau malam aku tidur awal nanti pukul 2 pagi atau 3 pagi dah terjaga sebab lapar. bosannnnnn. Tak sangka kalau sebelum sakit aku ni kuat keluar dari rumah dan melakukan aktiviti di luar rumah, berlawanan dengan apa yang aku lalui sekarang, langsung tak boleh nak melangkah keluar dari rumah!

Sebab tu di entri sebelum ni aku ada kata aku lebih kesiankan seseorang yang tahu dia tengah sakit teruk (waras akal fikiran) berbanding orang yang tak tahu pun apa yang sedang dia alami. sebab aku teringatkan diri aku sendiri waktu sedang melaluinya dahulu, sebab aku teringat waktu aku baru mula mengetahui dan nak menerima bahawa aku ni sakit, sebab aku teringat waktu aku mula menyedari diri aku 'lain' daripada sebelum ni apabila aku tak lagi mampu bantu mengangkat pinggan kotor ke dapur ataupun melipat kain seperah / kain alas untuk hidangan makanan selepas makan berjemaah di rumah sepupu.


Kalau tak silap aku waktu ni memang aku lalui hari hari yang berbumbungkan langit gelap dan awan yang mendung, mungkin la sekali sekala ada dihiasi pelangi 7 warna tu.

mati. mati. mati.

Sampaikan ada ketikanya aku berdoa supaya dimatikan saja, kemudian waktu ni ada juga aku dengar bahawa tak elok kita berdoa untuk mati, pun begitu aku diberitahu kalau nak doa supaya diri sendiri mati, berdoa lah seperti "ya Allah, kalau lebih banyak baik daripada buruk dengan matinya aku, kau ambillah nyawa aku". lebih kurang doa macam ni pun aku amalkan, nasihat yang aku terima ni betul atau tidak aku tak pasti. tapi aku tak mati mati pun masa tu, tau sebab apa? sebab ajal aku belum tiba serta beberapa sebab lain lagi (sila rujuk info agama).
Lagi sekali kalau tak silap aku, dengan segala yang sedang berlaku pada aku yang nak mati ni, seiring dengan itu aku tak boleh tidur malam. bukan tak boleh tidur langsung cumanya aku akan bangun seawal 2 ke 3 pagi dan terus tak boleh tidur sehingga pagi padahal aku tak tidur awal di malam hari pun, tidur pada waktu tengah hari pun tidak. nak kata aku tak mengantuk pun tak boleh sebab sepanjang hari aku tahan diri daripada tidur.

Seingat aku lepas benda ni kerap terjadi pada aku dan diorang yang jaga aku pun dah buntu, kakak ketiga dan mak aku mula ambik langkah yang lebih efisien dalam menangani masalah aku ni. waktu ni aku tak tidur dalam bilik yang mula mula aku sakit dulu, yang mana pintu bilik tidur beralih kedudukan pun menjadi isu dalam kepala aku, ketika ni katil aku diletakkan di ruang tamu. tetamu datang rumah, terus nampak katil busuk aku.
Di katil dan di ruang tamu ini jugalah kakak ketiga dan mak aku bercerita tentang kisah nabi yunus pada aku. berdasarkan apa yang terjadi pada nabi yunus dan apa yang sedang berlaku pada aku waktu ni kemudian ditambah pula aku makin susah nak tidur pada malam hari, aku mula dapat tangkap mesej yang nak disampaikan. daripada pemahaman aku, aku tak seharusnya berputus asa dan aku tak sepatutnya berdoa supaya dimatikan.

Aku rasa cukup sampai sini. sekian terima kasih





# Awal minggu ni kita baru mendengar berita tentang operasi penghapusan bangsa entik Rohingya oleh kerajaan Myanmar sehingga ada kanak kanak yang masih hidup turut dicampakkan ke dalam api. semoga mereka diberi kekuatan dalam menempuhi ujian tersebut.

No comments :

Post a Comment